Kempen Internet Selamat (Kis) Bersama Pandu Puteri Tunas Cawangan Perlis Di Stemazing 2025 Peringkat Kebangsaan Di Unimap, Perlis

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) Bersama Pandu Puteri Tunas Cawangan Perlis di Stemazing 2025 Peringkat Kebangsaan Di UniMAP, Perlis. Program ini berlangsung di Dewan Ilmu UniMAP pada jam 08:00 pagi sehingga 1:00 petang. Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Kempen Internet Selamat (KIS) kepada para pelajar sekolah rendah di negeri Perlis.

Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) ini disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis. Inisiatif KIS merupakan antara kaedah mendidik pelajar mengenai etika dan tanggungjawab dalam talian. Cakna media sosial dalam kalangan pelajar merupakan satu aspek penting dalam pemerkasaan literasi digital. Namun pada masa sama, pengalaman penggunaan Internet dalam kalangan pelajar haruslah di bawah pengawasan sewajarnya dan semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan penggunaan yang selamat, positif serta bertanggungjawab.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali